Pasukan Sarawak FA (juga dikenali sebagai Sarawak United II) pada musim ini sememangnya tidak memberitakan banyak perkara berkenaan perkembangan pasukan tersebut, termasuk juga pengambilan pemain import.

Oleh itu, ramai yang tidak mengetahui bahawa pasukan bimbingan Sam Timbe itu ada mengambil beberapa pemain import.

Antara pemain import yang dibawa masuk dan kini sudahpun bermain untuk Sarawak FA adalah Ushindi Baraka.

Terus terang kami katakan bahawa tidak banyak maklumat diketahui berkenaan penyerang dari Republic Congo ini, namun beliau pernah bermain dengan Subang Protap II FC pada musim lepas dan juga Selangor United sebelum ini.

Selain daripada itu, kelab yang beliau pernah wakili tidak dikenali atau diketahui buat masa ini.

Sungguhpun demikian, kehebatan Baraka agak jelas ketika Sarawak FA menentang pasukan Real Chukai FC dan Red Spade United FC di dalam kempen Piala FA 2020.

Dalam mencari maklumat berkenaan Baraka, beberapa video yang menayangkan kehebatannya ditemui dan boleh anda lihat seperti dibawah.

Daripada video tersebut, kekuatan Baraka jelas pada kehebatan beliau mengelecek, dan peminat bola sepak Sarawak sudah pasti akan berupaya melihat sendiri kehebatan penyerang lincah ini apabila mereka menyaksikan perlawanan melibatkan Sarawak FA nanti.