Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Posa Majais tidak mahu sukan bola sepak dipolitikkan.
Posa dalam pada itu menggesa pemimpin-pemimpin tempatan agar tidak menumpukan kepada perkara remeh yang boleh mempolitikkan sukan bola sepak.
Posa dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai berkata “Saya menyeru semua peminat bola sepak agar mereka jangan mempolitikkan sukan nombor satu dunia ini.
“Ini kerana bola sepak merupakan penguat ke arah membina hubungan baik semua masyarakat tidak kira bangsa dan agama.
“Kita tahu bola sepak mempunyai ramai peminat dan semua terlibat menggemari sukan tersebut”.
Posa dipetik Utusan Borneo sebagai berkata demikian dalam Majlis Penutupan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu (SDFA) dan Mahlis Pelancaran Akademi Bola Sepak Sibu FA.