LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pemilik Sarawak United dikhabarkan mahu menawarkan jawatan ketua jurulatih Sarawak United kepada Pengarah Teknikal kelab tersebut, B Satianathan.

Jawatan tersebut kosong selepas E. Elavarasan memilih untuk menyertai pasukan Harimau Malaya sebagai Penolong Jurulatih.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Menurut laporan New Straits Times, Posa dikatakan berkata bahawa beliau gembira dengan pelantikan Elavarasan sebagai penolong ketua jurulatih Malaysia, dan terus memberitahu akhbar tersebut bahawa Satianathan akan ditawarkan tugas Elavarasan.

Posa walaubagaimanapun mengesahkan beliau belum berbincang dengan Sathianathan berkenaan perkara tersebut secara mendalam.

“Saya gembira untuk Elavarasan kerana dia kini akan menjadi penolong jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon.” kata Posa kepada New Straits Times.

“Satiananthan masih bersama kita dan kita akan menawarkan jawatan tersebut. Walaubagaimanapun, kami belum berbincang dengan beliau berkenaan perkara ini secara mendalam. Akan tetapi, saya sudah memberi sedikit indikasi bahawa beliau akan menggantikan Elavarasan.

Posa juga dilaporkan oleh akhbar tersebut sebagai berkata bahawa Satianathan merupakan seorang jurulatih yang berpengalaman dan sesuai dengan perancangan pasukan.

Dalam perkembangan sama Satianathan berkata perkara tersebut hanya akan dibincangkan setelah Posa kembali dari Cambodia.

Satianathan dipetik berkata terdapat ramai jurulatih berminat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Elavarasan, dan beliau kini fokus terhadap tugasnya sebagai pegawai teknikal.

“Saya rasa Posa ada perancangan sendiri. Ramai jurulatih berminat selepas Elavarasan dilantik (menjadi penolong jurulatih), jadi saya akan berbincang dengan Posa apabila dia kembali dari Cambodia.

“Buat masa ini, saya fokus terhadap tudag saya sebagai pengarah teknikal. Ada projek yang memerlukan perhatian saya dari peringkat muda hingga pasukan utama” kata Satianathan.