Posa mahu selesaikan masalah FAS sebelum mengundur diri

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Posa Majais hari ini, melalui satu kenyataan di laman web persatuan tersebut mengumumkan bahawa dia hanya akan mengundur diri selaku Presiden FAS pada Mesyuarat Agung Tahunan FAS pada tahun 2021 kelak.

Menurut kenyataan FAS itu, Posa akan mengundur diri melalui cara dan proses yang betul.

Posa dalam kenyataan sama juga menegaskan bahawa dia tidak mengambil keputusan untuk mengundurkan diri pada tahun 2021 kerana desakan individu dan kumpulan tertentu

Sebaliknya, Posa mengambil keputusan kerana masih mahu memikul tanggunjawab FAS bagi memastikan misi FAS tercapai.

Satu daripada dua misi yang dinamakan oleh Posa itu adalah untuk memastikan segala hutang FAS dilunaskan.

Menurut kenyataan FAS itu, penyelesaian hutang FAS penting bagi memastikan pucuk pimpinan baru kelak tidak terkesan dengan bebanan hutang apabila exco FAS yang baharu mengambil alih FAS kelak.

Misi kedua yang disebutkan di dalam kenyataan FAS adalah memastikan semua kes-kes pecah amanah di mahkamah melibatkan FAS selesai.

Menurut kenyataan FAS yang dikeluarkan hari ini, misi kedua itu adalah bertujuan untuk membersihkan FAS daripada individu berkepentingan peribadi.

Ianya juga merupakan satu pengajaran kepada pucuk pimpinan baru agar memastikan tiada kompromi diberikan terhadap tindakan salah laku di dalam FAS seperti pecah amanah.

Kenyataan FAS dalam pada turut membidas tanggapan bahawa tindakan Posa adalah jawapan kepada desas-desus komplot untuk menjatuhkan beliau oleh individu dan kumpulan tertentu.

Tindakan Posa diterangkan oleh kenyataan itu sebagai mahu memaklumkan kepada peminat setianya bahawa “sudah tiba masanya untuk FAS menyelesaikan permasalahan era kepimpinan sekarang daripada dibawa ke pucuk pimpinan baru kelak.”

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top