Pasukan bolasepak wanita Sarawak memulakan langkah kanan dalam temasya Piala Tun Sharifah Rodziah di Miri hari ini apabila membenam Kelantan 2-0.
Pasukan Kelantan bermula garang apabila mengasak pertahanan Sarawak pada 5 minit pertama perlawanan. Namun Sarawak bangkit dan menyaksikan beberapa bercubaan serangan bertali arus dilancarkan oleh pasukan Sarawak.
Hasilnya pasukan Sarawak berjaya menjaringkan gol pertama dijaringkan Syamimi Ibrahim pada minit ke 18. Manakala Heindee Mosroh turut mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke 30. Separuh masa pertama berakhir memihak kepada pasukan Sarawak 2-0.
Pada separuh kedua menyaksikan pasukan Sarawak terus menguasai perlawanan dan melancarkan serangan dan asakan ke kubu pertahanan lawan. Namun, pertahanan Kelantan berjaya menyekat asakan barisan serangan Sarawak. Perlawanan berakhir dengan Sarawak menang 2-0.
Pasukan Sarawak kini dijadualkan untuk menentang Pahang esok di Stadium Miri jam 8 pagi esok.