Piala Tun Sharifah Rodziah: Sarawak menang lagi 

Pasukan bolasepak wanita Sarawak melakarkan kemenangan kedua pagi tadi apabila menewaskan Pahang 3-0. 

Gol pertama pasukan Sarawak hadir seawal minit ke 32 menerusi jaringan Heindee Mosroh. Keputusan pada separuh masa pertama memihak kepada Sarawak dengan 1-0. 

Pada separuh masa kedua, pasukan Sarawak berjaya menggandakan jarak dengan pasukan-pasukan lawan apabila menjaringkan gol yang kedua oleh pada minit ke 68. 

Selang seminit kemudian, Sarawak sekali lagi menjaringkan gol ketiga sekali lagi menerusi jaringan Heindee Mosroh. 

Kemenangan kedua ini memberikan mata selesa untuk pasukan Sarawak yang berada di puncak kumpulan C dengan mengutip 6 mata dari 2 kemenangan berturut-turut. 

Pasukan Sarawak dijadualkan akan bertemu Negeri Sembilan dalam pertembungan akhir peringkat kumpulan kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah esok di Stadium Miri jam 8 pagi. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top