Piala Presiden: Sarawak FA bawa pulang satu mata 

Pasukan Piala Presiden Sarawak terpaksa berpuas hati apabila sekadar membawa pulang satu mata setelah seri menentang Kedah di Stadium Mini Universiti Utara Malaysia di Kedah, petang kelmarin. 

Perlawanan tersebut juga telah tergendala selama 10 minit setelah hujan lebat, mengakibatkan permainan tidak dapat diteruskan ekoran air bertakung di atas permukaan padang.

Aksi separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga berakhirnya babak pertama.

Pada minit ke-53, pasukan Kedah FA berjaya memecah kebuntuan apabila Akmal Azmi menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Pada minit ke-62, Sarawak FA pula menjaringkan gol, namun ianya dibatalkan kerana offsaid.

Biarpun demikian, usaha tanpa putus pasuakan muda Bujang Senang akhirnya membawa hasil apabila Azman Chuchu menjaringkan gol penyamaan untuk pasukannya pada minit ke-78.

Keputusan seri itu meletakkan pasukan Piala Presiden Sarawak mengutip tiga mata dari enam perlawanan, yang mana kesemuanya mata adalah akibat seri.

Perlawanan ketujuh Piala Presiden Sarawak dijadualkan akan berlangsung pada 17 April 2017, dengan Terengganu FA menanti di Stadium Sultan Zainal Abidin.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top