Persatuan Bolasepak Kapit (KFA) telah bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk membuka lebih banyak pusat latihan.

Menurut Presiden KFA, dua buah sekolah kini ditambah sebagai pusat latihan bagi program bolasepak KFA, yakni Sekolah Menengah Kebangsaan Balleh bagi pemain bawah 15 tahun dan bawah 19 tahun, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kapit No. 2 bagi pemain bawah 15 tahun. Sebelum ini, cuma Stadium Kapit sahaja menjadi pusat latihan.

Kennedy turut menambah bahawa KFA juga akan membuka pusat untuk Tunas Bola Sepak bagi umur bawah 12 tahun di dua sekolah rendah yakni di Sekolah Kebangsaan Kapit dan satu lagi sekolah rendah di Balleh yang sedang dikenalpasti.

Tambah Kennedy, sebuah lagi sekolah di Daerah Song masih dikenalpasti oleh pihak beliau.

Kennedy dalam pada itu berharap anak muda Kapit, khususnya yang berminat untuk menjadikan bolasepak kerjaya profesional mereka pada suatu hari nanti, mengambil peluang untuk mencuba memasuki pusat latihan yang disediakan agar pihaknya boleh mengetengahkan bakat tersebut ke peringkat lebih tinggi lagi.

KFA akan menjalani sesi pemilihan untuk belia berumur 19 tahun dan kebawah hari ini dan esok untuk memasuki program-program di pusat latihan yang disebutkan di atas.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here