Pasukan Piala Presiden Sarawak hari ini mencatat kemenangan kedua berturut-turut setelah mengalahkan pasukan Terengganu 1-0.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri itu turut disaksikan oleh Menteri Perlancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Pasukan Sarawak berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke 37 hasil jaringan Ricky Shano. Jaringan tersebut berjaya dikekalkan pasukan Sarawak hingga ke wisel penamat separuh masa kedua.
Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Namun, kedua-dua pasukan ternyata buntu mencari gol. Perlawanan berakhir dengan keputusan memihak kepada pasukan Sarawak dengan jaringan 1-0.
Kemenangan tersebut melonjakkan kedudukan pasukan Piala Presiden Sarawak ke kedudukan kelapan dengan kutipan 11 mata.
Pasukan Sarawak dijadualkan akan melayan kunjungan Kedah pada 18 Mei 2017 di Stadium Negeri.