Skuad Piala Presiden Sarawak tumpas menentang pasukan Kelantan dan saingan Piala Presiden yang berlangsung malam tadi di Stadium Muhammad IV.
Pasukan Kelantan memulakan langkah kanan apabila menjaringkan dua gol di babak pertama permainan.
Tersentak dari gol tersebut, skuad muda Bujang Senang menggandakan asakan ke kubu pasukan tuan rumah.
Akhirnya, ketua pasukan Nor Azizi Ramlee berjaya menjaringkan gol untuk pasukan pelawat pada minit ke 87.
Namun, gol tersebut ternyata terlalu lewat untuk memungkinkan skuad Bujang Senang untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 1 mata.
Kekalahan tersebut menyaksikan skuad Piala Presiden Sarawak masih kekal dengan 2 mata dari 4 perlawanan setakat ini.