Pasukan bimbingan Fuad Gbersic membelasah pasukan tercorot Kumpulan A Pertandingan Piala Presiden milik pasukan B21 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) petang tadi dengan jaringan tujuh gol tanpa balas.
Sarawak membuka jaringan melalui Abdul Rahim pada minit ke-14, sebelum Nor Azizi menggandakan kedudukan 18 minit kemudian, sebelum Nor Azizi sekali lagi menyumbat gol ketiga Sarawak sebelum berakhirnya babak pertama perlawanan.
Pada babak kedua, Sarawak meneruskan asakan bertali arus mereka ke arah pintu gol ATM dan sekali lagi berjaya menembusi pintu gol ATM melalui Jimmy Raymond yang mudah menampan bola masuk pada minit ke-48.
Tidak cukup dengan 4-0 mendahului, Abdul Rahim menambah derita ATM dengan jaringan hatrik beliau pada minit ke-67, sebelum beliau menambahkan dua lagi jaringan pada minit ke-80 dan beberapa minit sebelum tamat perlawanan.
Kemenangan bergaya Sarawak melonjakkan kedudukan pasukan B21 itu ke kedudukan ke-8 Kumpulan A Pertandingan Piala Presiden 2016.
Lain-lain keputusan adalah seperti berikut:
KUMPULAN A
KELANTAN 1-3 KEDAH
TERENGGANU 0-1 NEGERI SEMBILAN
JDT III 0-0 UITM FC
SARAWAK 7-0 ATM
FELDA UNITED 1-0 PERLIS
KUMPULAN B
SABAH 1-0 PDRM
PKNS FC 0-0 T-TEAM
PERAK 3-1 MELAKA