Deretan kemenangan pasukan Piala Presiden Sarawak terhenti Isnin lalu apabila ditumpaskan oleh pasukan Johor Darul Takzim III.
Pasukan JDT III terdahulu menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama melalui jaringan Mohd Khairullah dan Mohd Shambrizam.
Penyerang muda Sarawak, Azman Chuchu berjaya merapatkan jurang gol apabila menjaringkan gol pada minit ke 57.
Namun, usaha berterusan pasukan Sarawak ternyata tidak berhasil apabila keputusan penuh memihak kepada JDT III dengan jaringan 2-1.
Kekalahan tersebut meletakkan pasukan Sarawak di kedudukan kelapan liga dari 14 perlawanan dengan kutipan 14 mata.
Jadual liga akan berehat panjang bagi memberi ruang untuk bulan Ramadan dan akan disambung semula apabila bertemu Kelantan pada 5 Julai 2017.
Pasukan Johor Darul Takzim III berjaya