Pasukan bimbingan David Usop menunjukkan mereka memilik kelas yang berbeza dengan pasukan Liga Premier MISC-MIFA FC malam ini apabila dengan mudah menewaskan pasukan pelawat 6-3 di Stadium Negeri.
Pasukan Bujang Senang tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol apabila Mark Hartman mudah menewaskan penjaga gol MISC-MIFA, Khairul Izzuwan, untuk jaringan pertama perlawanan pada minit ke-11.
Belum sempat MISC-MIFA bernafas, penyerang import Mateo Roskam meletakkan Sarawak FA semakin selesa dengan gol kedua hasil hantaran pemain veteran Ronny Harun.
Pada minit ke-33, Ronny Harun pula menjaringkan gol selepas menyempurnakan hantaran Hafiz Abu Bakar, bagi mengakhiri perlawanan babak pertama dengan kedudukan 4-0 memihak tuan rumah.
Bersambung babak kedua, pasukan MISC-MIFA mendekatkan jurang jaringan melalui Oii Chee Kiong pada minit 56.
Sarawak FA walaubagaimanapun enggan mengalah, dan Mark sekali lagi menyempurnakan meledak gol dengan jaringan dengan sepakan cantik.
MISC-MIFA enggan mengalah, dan berjaya mendekatkan jurang dengan dua gol hasil sepakan penatil pada minit ke-69 dan 72, namun segala usaha pasukan pelawat itu untuk merapatkan jurang akhirnya tidak membawa erti apabila Mark menyempurnakan malam yang indah bagi Sarawak FA dengan jaringan ketiga beliau, empat minit sebelum perlawanan.
Kemenangan ini bermaksud Sarawak FA kini melangkah ke peringkat seterusnya di Piala FA, dengan lawan menanti bakal diundi semula.
FT Sarawak FA 6-3 MISC-MIFA