Piala Asajaya ‘pikat’ 30 pasukan setakat ini

21 JUN – Dengan tarikh tutup penyertaan ke Piala Asajaya semakin hampir, bilangan pasukan yang ingin mencuba nasib untuk memenangi hadiah utama sebanyak RM5,000 semakin bertambah.

Ini dimaklumkan pengerusi kejohanan Jalek Jaafar kepada akhbar Utusan Borneo hari ini, dimana beliau mengesahkan 30 pasukan sudahpun mendaftarkan diri untuk kejohanan tahunan tersebut.

Jalek turut mengesahkan bahawa juara pertandingan tersebut pada tahun 2016, Sebandi Matang, akan turut juga kembali tahun ini untuk mempertahankan kejuaraan mereka pada Hari Raya ketiga kelak.

Pertandingan yang akan berlangsung di Padang bolasepak Kampung Sambir itu kini memasuki edisi ke-51, dan pendaftaran penyertaan boleh dibuat sehingga hari kedua Hari Raya.

Bagi yang berminat untuk mendaftar, maklumat tersebut boleh diperolehi di sini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top