23 June – Bahagian Mukah telah dipilih sebagai venue bagi Pertandingan Bolasepak Piala Sarawak yang akan berlangsung pada Bulan Oktober depan.
Pertandingan yang menjadi penutup kepada kalendar bolasepak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan menemukan pasukan-pasukan dari seluruh Sarawak di mana ianya akan digunapakai sebagai tempat memilih pemain untuk diserap ke skuad senior Sarawak.
Menurut Naib Presiden FAS Razali Dolhan, pemilihan Mukah adalah disebabkan lokasinya yang strategik, ditambah pula kerana ianya mempunyai semua kemudahan untuk pertandingan tersebut kelak.
Piala Sarawak adalah pertandingan paling berprestij dianjurkan oleh FAS dan pemenang Piala tersebut biasanya menyaksikan ramai pemainnya diserap ke pasuka senior Sarawak FA. – sarawakcrocs.com
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



18 ke atas ka admin?
<3 This