Phillip Jabu terus menerajui Serian FA untuk 2021/23

Phillip Jabu akan meneruskan peranan beliau selaku Presiden Persatuan Bola sepak Bahagian Serian (SFA) selepas beliau menang tanpa bertanding dalam pemilihan persatuan tersebut.

Sesi pemilihan tersebut adalah untuk memilih ahli jawatankuasa baharu untuk SFA bagi tahun 2021 hingga 2023.

Dalam sesi pemilihan yang diadakan baru – baru ini, Phillip akan dibantu oleh Constantine Gerald David Jones selaku timbalan presiden yang baharu.

Abang Marzuki Abang Raffae yang memegang jawatan tersebut enggan mempertahankan jawatan beliau, dan ini sekaligus memberi ruang kepada Constantine.

Turut membarisi SFA adalah Fresher Johathan, Abdul Razak Bujang, Azli MahliGindui Pupur dan Yushairi Raduan.

SFA merupakan persatuan bola sepak terbaharu yang bernaung di bawah Persatuan Bolasepak Sarawak dan persatuan itu dilihat aktif dalam melaksanakan aktiviti bagi ahli – ahli dibawahya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top