Phillip Jabu diumumkan sebagai pengurus pasukan Piala Presiden 2020

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Phillip Jabu telah dilantik sebagai Pengurus Pasukan Piala Presiden Sarawak FA 2020.

Berita pelantikan beliau dilaporkan oleh akhbar Utusan Borneo yang memetik Presiden FAS, Posa Majais sebagai berkata bahawa dia berharap pengalaman Phillip menguruskan pasukan Piala Belia musim ini akan digunakan untuk menguruskan pasukan Piala Presiden musim hadapan.

Menurut laporan akhbar tersebut, Posa juga berharap pasukan Piala Presiden Sarawak FA akan mampu beroleh kejayaan di bawah pengurusan Phillip.

Phillip memberitahu akhbar Utusan Borneo bahawa beliau berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya dan berjanji akan bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Jurulatih Piala Presiden/SUKMA 2020, Abdillah Majid untuk memastikan pasukan tersebut beroleh kejayaan.

Selain memegang jawatan di dalam Majlis tertinggi FAS, Phillip juga merupakan artis Iban terkenal, dan juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Serian.

Pasukan Piala Presiden Sarawak kini sedang giat membuat pencarian bakat baharu bagi skuad 2020 selepas bekas pemain Sarawak, Ahmad Fairuz Yunus dinamakan sebagai Ketua Jurulatih pasukan tersebut.

Untuk mengetahui jadual pemilihan pemain pasukan tersebut, anda boleh ke laporan ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top