Perth Glory bakal lawan Sarawak FA di Kuching

Pasukan Liga Australia, Perth Glory akan melawan Sarawak FA di Kuching pada bulan Ogos kelak untuk aksi pemanas badan pasukan tersebut.

Perlawanan tersebut disahkan oleh pemilik pasukan tersebut, Tony Sage, yang mana berkata bahawa langkah tersebut adalah satu langkah strategik bagi mengembangkan pengaruh pasukan milik beliau ke rantau Asia.

Menurut laporan The World Game, langkah Sage untuk ke Kuching adalah bertepatan dengan langkah Federasi Bolasepak Australia (FFA) yang berhasrat mengembangkan pengaruh Liga Australia ke benua Asia.

Sage sendiri mengakui bahawa beliau berminat untuk membawa sehingga empat pasukan ke Liga Australia pada masa hadapan, dimana beliau menyatakan bahawa tindakan beliau adalah bertepatan dengan kehendak FFA yang kin mahu mengembangkan Liga Australia.

Turut dirancang adalah satu perlawanan rasmi Liga Australia di Kuching pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah juga memeterai satu Momerandum Persefahaman dengan Perth Glory bagi mengadakan kerjasama jangka panjang, yang termasuk perlawanan persahabatan pada bulan Ogos kelak.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top