Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Kapit (KDFA) Kennedy Kuyang telah memaklumkan kepada kami bahawa pertandingan Piala FA Kapit, serta majlis penyerahan hadiah Liga Kapit akan diadakan pada satu masa yang ditentukan kelak.
Menurut Kennedy, keputusan tersebut telah dipersetujui sebulat suara oleh semua pasukan yang bertanding semasa mesyuarat tertinggi jawatankuasa pengelola.
Beliau mengifatkan bahawa tiada isu sebenarnya timbul kerana semua perwakilan kelab yang bertanding telah dimaklumkan dan bersetuju.
Respon Kennedy hadir selepas beberapa individu yang dipercayai terlibat dengan pertandingan bolasepak Piala FA Kapit dan Liga Kapit mengadu kepada pihak SarawakCrocs berkenaan ketiadaan majlis penyerahan hadiah, dan juga perlawanan bagi perlawanan Piala FA.
Adalah diharap penjelasan Kennedy akan membantu menjawab persoalan yang timbul.