Presiden baharu Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Abang Zulkarnain Abang Abdulrahman tidak menunggu lama untuk menunjukkan keseriusan beliau dalam mengubah persatuan tersebut.
Abang Zulkarnain dilaporkan oleh akhbar tempatan sebagai mahu memastikan perlembagaan persatuan yang diterajuinya selaras dengan Persatuan Bolasepak malaysia (FAM), Kongres Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA)
Dalam pada itu, FAS juga mahu persatuan bahagian di bawah pimpinannya menyelaraskan perlembagaan mereka agar selaras dengan perlembagaan FAS.
Ini turut dinyatakan oleh FAS dalam perkongsian di media sosial dimana ahli Mesyuarat Eksekutifnya telah bersetuju mengkaji semula dan meminda peruntukan perlembagaan FAS serta ahli Persatuan agar ianya seiring dengan amalan FAM, AFC dan FIFA.
Menurut FAS, ini akan memenuhi tuntutan pengurusan dan pentadbiran yang efisyen, berdaya saing, produktif dan telus.
FAS dalam pada itu dilaporkan akan menumpukan kepada tiga tunjang utama di bawah Abang Zulkarnain yakni Tadbir Urus, Pembangunan dan Pertandingan.
Abang Zulkarnain merupakan presiden FAS yang baharu dan beliau menggantikan Posa Majais yang tidak mempertahankan jawatannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan FAS pada Januari lepas.