LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Penyerang sensasi Sarawak United, Uche Agba menyatakan bahawa pasukannya menghormati pasukan Kedah, yakni lawan mereka malam ini.

Penyerang sensasi kelab itu memberitahu akhbar TheStar bahawa Kedah tidak harus dipandang mudah dan mereka merupakan pasukan yang baik.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

“Kedah adalah pasukan yang baik dan mereka bermain di dalam Piala AFC. Mereka juga mempunyai jurulatih yang baik.” kata Uche kepada akhbar berbahasa Inggeris itu.

Tambah Uche lagi, Kedah bermain sebagai satu pasukan yang kuat, namun ini tidak bermakna mereka tidak boleh bolos.

Beliau mengakui bahawa rakan – rakannya dalam Sarawak United kini sedang cuba mengaplikasikan taktik dan perubahan yang dibawa masuk ketua jurulatih baharu kelab tersebut, dan akan pasti memberikan yang terbaik malam ini.

Sarawak United akan bertemu Kedah dalam perlawanan Liga Super malam ini dengan pasukan bimbingan S. Balachandran itu kini di tangga ke-10 Liga Super selepas 11 perlawanan dilalui.