Penolong jurulatih pasukan Sarawak FA, Denny Da’ail merasakan perlawanan menentang Kuching FA pada perlawanan play-off Liga Premier akan menarik.
Beliau dipetik berkata demikian oleh akhbar New Sarawak Tribune yang membuat laporan berkenaan prospek keuda-dua pasukan Sarawak FA dan Kuching FA bertemu pada perlawanan getir itu.
Menurut laporan tersebut, Sarawak kini sudah memulakan semula sesi latihan selepas berehat dua minggu dengan Denny didakwa berkata bahawa beliau berharap Sarawak boleh menang.
Laporan sama turut mengesahkan bahawa Denny tidak dapat menyatakan tarikh perlawanan tersbeut kerana ianya belum diumumkan.
Beliau juga berkata perlawanan menentang Kuching pasti menarik memandangkan Kuching dibarisi ramai pemain berpengalaman dan pasukan beliau pula dibarisi pemain yang sedang diasah untuk masa hadapan.
Denny dipetik berkata “Kita sedang membuat persediaan yang perlu bagi menghadapi perlawanan play-off Liga Premier dan kita berharap kita boleh menang.
“Setakat ini, belum ada tarikh rasmi untuk perlawanan tersebut.
“Kita (Sarawak) tidak akan mengambil mudah perlawanan menentang Kuching dan ianya sudah pasti satu perlawanan yang menarik.
“Menarik kerana Kuching dibarisi ramai pemain berpengalaman yang pernah bermain di Liga Super dan Liga Premier, berbanding pasukan kami yang dibarisi pemain baharu yang kini masih diasah menjadi pemain masa hadapan”.