Piala Malaysia 2015 yang baharu membuka tirai pada Jumaat lalu akan ditunda sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di venue terlibat melebihi 150.
Bacaan IPU akan dipantau setiap sejam pada hari perlawanan dan status sama ada perlawanan di venue terlibat dapat diteruskan akan diputuskan oleh pesuruhjaya perlawanan.
Kesemua lapan aksi pertama peringkat kumpulan telah berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu, manakala lapan lagi aksi dijadualkan pada hujung minggu ini, dengan Kedah menerima kunjungan Terengganu dan pertembungan di antara Kelantan dan Felda United pada Jumaat ini.
Pada hari Sabtu pula, Johor Darul Ta’zim (JDT) II akan menentang Lions XII, Perak menentang Sarawak, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertemu JDT, T-Team bertemu Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdepan Pulau Pinang dan PKNS FC akan menerima kunjungan Pahang.
Sumber: Bernama