Kedua-dua jurulatih untuk pasukan Kuching FA dan Sarawak FA melahirkan perasaan agak ‘berat’ apabila ditanya oleh akhbar Utusan Borneo berkenaan perlawanan play-off Liga Premier yang akan berlangsung pada 8.15PM di Stadium Sarawak pada 23 Novermber kelak.

Denny Da’ail yang ditugaskan mengendalikan pasukan Sarawak FA dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai berkata bahawa beliau kini cuma mahu fokus kepada memenangi perlawanan tersebut dan memastikan Sarawak memiliki slot terakhir Liga Premier 2020.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Beliau dipetik Utusan Borneo sebagai berkata “Situasi yang memang sukar untuk diterima apabila Sarawak terpaksa turun berdepan Kuching FA untuk saingan play off pada 23 November ini.

“Namun, saya tidak melihat kearah itu malah cuba fokus untuk memenangi perlawanan tersebut bagi memastikan slot terakhir itu milik Sarawak sekali gus kekal bersaing dalam Liga Premier 202.”

Dalam perkembangan sama, Ketua Jurulatih Kuching FA, Ideris Untong berkata aksi ‘play-off’ ini akan dipergunakan dengan sebaik mungkin dengan beliau enggan memilih pasukan yang mana lebih hebat. Ideris berkata bahawa kedua-dua pasukan memiliki kelebihan sendiri dan beliau perlu merancang strategi yang perlu digunapakai untuk perlawanan tersebut kelak.

“Kita menerima keputusan ini (play off) dengan rasa terbuka walaupun pada dasarnya agak berat untuk dilaksana kerana akan berdepan dengan skuad Sarawak.

“Apa yang penting, saya perlu merangka strategi yang akal diguna pakai pemain bagi mengharungi perlawanan itu nanti,” kata Ideris kepada akhbar Utusan Borneo.

Perlawanan play-off Liga Premier ditetapkan oleh Malaysia Football League diantara pasukan yang menghuni zon relegasi Liga Premier 2019 dan dua pasukan teratas Liga M3.

Kelantan United telahpun mendapat ‘bye’ untuk perlawanan play-off kerana pasukan di tangga tercorot Liga Premier, yakni Perlis FA, telah dibatalkan penyertaan. Pasukan Sarawak pula, yang menghuni kedudukan ke-11, telah ditetapkan akan menentang Kuching FA yang menamatkan musim Liga M3 di tangga ke-2 liga.