Perlawanan Kuching City ditangguhkan lagi

Perlawanan Kuching City menentang Terengganu FC II telah ditangguhkan.

Menurut satu kenyataan oleh MFL, perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan ekoran ketiadaan tiket penerbangan ke Kuching.

Perlawanan tersebut sepatutnya berlangsung pada 17 Ogos ini di Stadium Negeri.

MFL dalam pada itu memberi jaminan bahawa perlawanan tersebut akan dijadualkan semula dalam masa terdekat.

“Perlawanan tertunda LP13, Kuching City FC lwn Terengganu FC II yang dijadualkan pada Selasa, 17 Ogos ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.” jelas MFL dalam kenyataan ringkasnya.

“Penangguhan ini susulan ketiadaan tiket penerbangan komersil ke Sarawak pada tarikh tersebut, kesan daripada wabak COVID-19 yang turut menjejaskan sektor penerbangan.” kata MFL lagi.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top