Perak lantik Ken Worden sebagai pengarah teknikal

Bekas jurulatih Selangor, Ken Worden telah dilantik oleh Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) sebagai Pengarah Teknikal persatuan tersebut.

Pelantikan Ken adalah berkuatkuasa 1 Disember 2015 dimana beliau dijangka akan terlibat secara aktif di dalam aspek teknikal semua program pembangunan sukan bolasepak di bawah kendalian PAFA.

Selain daripada itu, pihak pengurusan PAFA juga telah menetapkan Ken terlibat secara langsung di dalam program pencarian bakat-bakat baru bolasepak di seluruh Negeri Perak disamping turut diberi tugas merancang program pembangunan dan kecemerlangan sukan bolasepak Perak mulai tahun 2016.

Ken bukanlah nama asing di dalam arena bolasepak Malaysia selepas beliau menjadi jurulatih Selangor, Sabah, Terengganu dan KL SPA.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top