Kekalahan teruk Kuching City FC kepada Selangor 2 berpunca dari persediaan lebih rapi oleh pasukan Selangor 2 berbanding Kuching.

Menurut penolong jurulatih Kuching, Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah, Selangor 2 mempunyai persediaan yang cukup sebelum menentang Kuching dengan perlawanan persahabatan dengan pasukan – pasuakn setaraf atau lebih kuat.

Ini jauh jika dibandingkan dengan pasukan Kuching yang hanya mempunyai dua minggu untuk bersedia, dan tidak mempunyai perlawanan persahabatan kompetif.

“Persiapan kita tergendala dan kita hanya mempuyai dua minggu untuk bersedia sebelum menentang Selangor 2.” kata Ahmad selepas pasukannya tewas teruk kepada Selangor 2.

“Kita ada melihat video Selangor 2 dan mereka ada menentang pasukan kebangsaan, Pahang dan PJ City, sedangkan kita tidak ada perlawanan persahabatan kompetitif langsung.

“Anda boleh lihat dari perlawanan ini tadi bahawa pemain – pemain kita nampak kelesuan dan keletihan pada babak kedua.

“Sungguhpun demikian, pemain telah berusaha sedaya upaya mereka dan berjaya menjaringkan gol pada babak kedua.” kata Ahmad lagi.

Ahmad juga menyatakan bahawa pasukan Kuching tidak dapat menurunkan beberapa pemain, termasuk pemain import pada malam ini kerana kecederaan.

Beiau walaubagaimanapun menjelaskan bahawa kecederaan pemain yang dialami pasukan Kuching tidak terlalu serius.

“Selain kekangan Covid-19, kita juga mempunyai pemain pun yang cedera.

“Kita juga tidak dapat menurunkan pemain import akibat kecederaan, namun kecederaan mereka tidaklah teruk sangat” jelas Ahmad.

Dalam pada itu, Ahmad juga tidak terlalu mahu memikirkan tentang keputusan malam ini dan mahu fokus kepada perlawanan menentang Perak 2 kelak.

“Mungkin pemain yang cedera akan sudah dapat bermain kelak. Kita akan berusaha bersungguh – sungguh.” jelasnya kepada pemberita selepas perlawanan.

Sementara itu, ketua jurulatih Selangor 2 berkata bahawa beliau gembira dengan persembahan anak buahnya yang mana beliau umpamakan sebagai ‘telah melakukan persembahan yang baik’.