Penjualan tiket Sarawak menentang Pahang bagi perlawanan pusingan kedua separuh akhir Piala Malaysia akan dimulakan pada hari Khamis, 24 Oktober 2013 ini.
Menurut sumber kami, penjualan akan bermula seawal jam 10 pagi di Stadium Negeri Sarawak, dengan seorang pembeli hanya boleh membeli maksima 5 keping tiket. Penjualan tiket akan ditamatkan pada jam 5 petang pada kedua-dua hari.
Harga tiket dalam pada itu telah dinaikkan kepada RM15 untuk tempat duduk terbuka, RM20 untuk tempat berbumbung, dan RM35 unruk grandstand Zon C.
Adalah turut dijangkakan pihak Astro Arena dan RTM akan membuat siaran langsung perlawanan tersebut.