Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini tampil membuat kenyataan di akhbar tempatan menjelaskan bahawa isu penjaring terbanyak bagi Piala Sarawak telah diselesaikan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pemain Limbang FA, Shahrudin Yakup telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala Sarawak 2017 dan sememangnya wujud kesilapan ketika mengumumkan pemilik ‘Kasut emas’ Piala Sarawak tempoh hari.
FAS, melalui Pengerusi Pengelola Piala Sarawak, Cassidy Morris dalam pada itu memohon maaf di atas perkara itu.
Pihak kami difahamkan bahawa pihak Limbang FA telah dimaklumkan berkenaan esilapan tersebut sebelum kenyataan Cassidy dibuat.
Sebelum ini, laman Facebook Peminat Bola Sepak Limbang mempersoalkan kenapa FAS berdiam diri apabila pemenang Kasut Emas Piala Sarawak yang baharu berakhir tidak diperbetulkan.
Dengan kenyataan rasmi Cassidy, maka isu ini diangap selesai.