Miri telah sah ditabalkan sebagai juara Piala Sarawak hujung minggu ini tadi, namun di sebalik kejayaan Miri itu, terdapat berita kurang enak pula yang timbul, diibaratkan sebagai “Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi”.

Menurut laman Facebook Peminat Bola Sepak Limbang, penganugerahan penjaring terbanyak atau ‘kasut emas’ pertandingan Piala Sarawak telah tersilap diberikan, namun tidak ada sebarang usaha untuk membetulkan kesilapan tersebut dari pihak penganjur.

Menurut status yang dimuat naik laman Peminat Bola Sepak Limbang, penjaring terbanyak kejohanan adalah pemain Limbang FA Shahrudin Yakup dengan jumlah jaringan lima gol, namun pemenang anugerah kasut emas dianugerahkan kepada pemain yang hanya menjaringkan empat gol sahaja sepanjang pertandingan, yakni Roslan Unos.

Di bawah ‘screen grab’ luahan laman FB tersebut.

Luahan dari laman FB Peminat Bolasepak Limbang
Luahan dari laman FB Peminat Bolasepak Limbang

Pihak Peminat Bola Sepak Limbang dalam pada itu mempersoalkan jika kesilapan telah dibuat secara sengaja, terutama sekali apabila pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dilihat berdiam diri di atas isu tersebut biarpun Piala Sarawak 2017 sudahpun berakhir selepas hampir seminggu.

Laman web rasmi FAS, serta juga laman FB rasmi FAS dan juga Piala Sarawak kami dapati tidak ada membuat sebarang pengumuman berhubung isu ini sehingga berita ini ditaip.

Terus terang kami nyatakan, kami di pihak SarawakCrocs tidak mengetahui siapa penjaring terbanyak kejohanan, mahupun mengetahui statistik pertandingan Piala Sarawak, namun ada baiknya jika statistik kejohanan tahun ini dikeluarkan kepada umum agar isu ini boleh ditutup dan diselesaikan.

//Terima kasih kepada saudara (yang tidak mahu dikenali) kerana memanjangkan berita/hal ini kepada kami.

28 COMMENTS

  1. Pihak FAS mengakui berlaku kesilapan teknikal untuk anugerah penjaring terbanyak kejohanan ini. Pihak FA Limbang telahpun dimaklumkan dan trofi penjaring terbanyak kejohanan akan diserahkan kepada pemain Limbang seperti yang dimaklumkan.

  2. Phak Teknikal ya. Yg sepatutnya bertangungjawab.smua kerja dah di agihkan kpd masing masing dan yg berkenaan.badan induk sebenarnya memantau ajak..dan Meng… Amin..ajak.dimana salah silapnya.bukan nak puji FAS dan bukan Nak hentam FAS juak…no body is perfect tapi seseorg itu dah dberi mandat harus ada komitmen jgn kerja sambil lewa dan bangga dgn jawatan d beri ajak.belajar dr kesilapan demi utk kebaikan bersama dan utk memertabatkan sukan bolasepak dan penganjuran kita.
    #LAIEKOUUN
    #SAILAHAKODABERAPAKAWAK

Comments are closed.