Hasrat Kuching FA untuk merampas kembali tahta Liga M3 kelmarin terkubur selepas Penjara FC mengikat pasukan tersebut 2-2 di Kompleks Penjara Kajang.
Pelawanan sebelah petang itu menyaksikan Kuching bermula garang dengan menjaringkan gol pembukaan perlawanan seawal minit ke-9 perlawanan melalui Hafis Saperi.
Gol pembukaan hadir melalui sepakan penalti apabila Hafis dijatuhkan di dalam petak penalti oleh penjaga gol Penjara, Kim Sung Ho.
Kuching mengandakan asakan dan pada minit ke 36, Mohamad Shafitri nijak menerima umpanan Joseph Kalang Tie, sebelum meledakkan gol kedua pasukannya.
Penjara enggan mengalah dan Razi merapatkan jurang gol perlawanan dengan satu rembatan jarak jauh yang gagal diselamatkan penjaga gol Sarawak, Iqbal Suhaimi.
Bermula babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan dan Penjara berjaya menyamakan kedudukan apabila Mazwandi Zakeria tertampan bola ke gawang sendiri pada minit k-64.
Kedua-dua pasukan terus berbalas serangan, namun kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat masa penuh.
Keputusan seri itu bermakna Kuching keciciran mata, dan gagal memintak Kelantan United yang kini mendahului Liga M3 dengan kelebihan dua mata berbanding Kuching.
Biarpun demikian, Kuching masih memiliki baki satu perlawanan dan masih boleh memintas Kelantan dalam masa terdekat.