Pihak pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) kini berada di Perth, Australia untuk membuat lawatan rasmi ke pihak pengurusan Perth Glory FC, yang bertanding di Liga Australia.
Adalah has laporkan bahawa delegasi FAS tersebut turut disertai Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop, selain daripada exco FAS yang lain seperti Razali Dolhan.
SarawakCrocs difahamkan bahawa lawatan ke Perth Glory FC adalah untuk meninjau kemungkinan mengadakan ikatan persefahaman bolasepak di antara kelab tersebut dengan FAS.
Persefahaman tersebut bakal menyaksikan pasukan Bujang Senang mendapatkan khidmat pemain Perth Glory melalui kaedah pinjaman.
Dalam pada itu, delagasi FAS juga bertujuan meninjau bakat-bakat awang import yang mungkin dapat dipelawa untuk menyertai pasukan Bujang Senang bagi mengisi slot pemain import Asia yang ada.
Selain daripada itu, persefahaman ini juga bakal menyaksikan Perth Glory dan FAS berkongsi kepakaran di dalam pengurusan bolasepak kelab masing-masing.
Pihak pengurusan FAS dikhabarkan kini sedang rancak mempersiapkan pasukan Bujang Senang untuk musim 2017, dan beberapa langkah drastik dikhabarkan sedang diusahakan.
Ini termasuklah lawatan ke Perth yang dijangka akan membawa perkembangan positif kepada arena bolasepak Sarawak.