Pengurus pasukan Sabah FA, Tn Henry Soimpon telah menyatakan bahawa gendang di stadium mengganggu komunikasi antara pemain, jurulatih dan pihak pengurusan.
Beliau berkata demikian apabila ditemuramah Atukoi FM bersama pemain pertahanan Sabah FA, Maffry Balang dan Alto Linus. Menurut Henry, kekuatan gendang menyebabkan pemain dan pihak jurulatih, serta pihak pegurusan tidak dapat memberi arahan dengan jelas, sekaligus menjadi masalah bila ada gendang.
Kata Henry “Pasal gendang ini, kami di bahagian pengurusan, jurulatih, pabila kita memberi arahan kepada pemain, kadang-kadang tidak dengar. Begitu juga dengan pemain, apabila pemain pertahanan memberi arahan kepada penjaga gol, atau penyerang untuk bertahan, dia tak dapat dengar. Langsung tidak dapat dengar, susah mahu dengar sebab gendang. Jadi tulah masalahnya apabila ada gendang.
Satu lagi masalah gendang ini adalah kita kena score, atau kita score, sama juga bunyi dia. Kita tak tahu siapa yang dia sokong?
Kadang-kadang pabila kita sudah leading ini atau kita ketinggalan, kadang-kadang penonton memberi psiko kepada pihak lawan juga. Kadang-kadang dorang teriak-teriak, dorang cut-down.”
Henry juga menyentuh isu sepanduk yang dilarang masuk ke Stadium Likas. Jelas Henry, sepanduk dibenarkan dibawa masuk ke Stadium Likas dengan syarat ianya telah mendapat kelulusan pihak Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA).
Beliau menjelaskan, peminat hanya perlu ke pejabat SAFA dan mendapatkan cop kebenaran sebelum membawanya ke dalam stadium. Menurut beliau, prosedur tersebut perlu dilakukan bagi mengelakkan paparan sepanduk yang boleh membawa provokasi dan menyebabkan SAFA didenda.
Henry dalam pada itu berkata “Pasal banner, kita sudah memutuskan mesyuarat. Bukan kita tidak benarkan, kita benarkan. Cuma pergi SAFA, cop sana. Kita minta kebenaran tinguk apa yang dorang tulis sana. Takut dorang tulis benda yang mengaibkan sesiapa. Itulah yang kita elakkan. Itulah kita surah mereka ke pejabat SAFA, kalau OK, kita benarkan. Tiada masalah juga.”
Dibawah adalah video penuh hasil temuramah tersebut.