Pasukan Sarawak FA akan turun menentang Terengganu FA II malam ini dengan penolong jurulatih pasukan Sarawak, Pengiran Bala, dijangka mengambil alih tugas Ketua Jurulatih Ian Gillan.
Adalah difahamkan bahawa Ian telah terbang ke Scotland untuk menguruskan pengebumian ibunya yang telah meninggal dunia Jumaat lepas.
Dalam pada itu, Bala, yang juga merupakan mantan jurulatih pasukan Sarawak FA pada musim lepas, akan diberi tugas merencanakan pelan taktikal perlawanan pasukan Sarawak FA yang dijangka akan turun dengan barisan terkuat malam ini.
Pengurus pasukan Sarawak FA, Abdul Wahab, dalam pada itu juga menyeru peminat bolasepak pasukan Sarawak FA yang berada di Terengganu untuk turun memberi sokongan kepada pasukan Sarawak FA malam, sambil melahirkan kepercayaan bahawa pasukan Sarawak FA mampu mencipta kejutan.
Beliau yang dipetik akhbar Utusan Borneo berkata, pemain tidak harus mensia-siakan peluang yang ada, dan pasti bahawa Terengganu FA II akan berhempas pulas memenangi perlawanan tersebut selepas kecundang kepada Sabah FA di dalam perlawanan pembukaan 100 Plus Liga Premier minggu lepas.
Sarawak FA akan bertemu Terengganu FA II pada jam 9 malam ini, dengan perlawanan tersebut ditayangkan secara langsung di TV1.