Jurulatih utama Sarawak, David Usop, menyatakan bahawa pasukannya mungkin akan memberi lebih penekanan kepada Liga Super dan mengorbankan Piala Malaysia kerana mengakui misi di dalam Piala Malaysia kini amat sukar.
Menurut David, selain perlu memungut mata penuh, pasukan bimbingannya juga perlu menjaringkan banyak gol untuk melayakkan diri ke pusingan kedua, dan ini menambahkan kesukaran mereka di pertandingan tersebut.
Dalam pada itu, David membayangkan pemain Piala Presiden akan diberi peluang untuk bermain bersama pasukan Bujang Senang jika keadaan membenarkan beliau melakukan pengiliran pemain. Beliau turut mengakui bahawa pasukan Sarawak tidak mempunyai pemain mencukupi.
David turut merungut tempoh pemulihan pemain juga tidak mencukupi sekaligus mengakibatkan pemain cepat letih, sambil menyifatkan mentaliti pemain tempatan tidak cukup kuat apabila terpaksa mengharungi perjalanan jauh ditambah jadual yang padat.