[DIKEMASKINI] Penggantungan JKT ditambah lagi

Sarawak sudah hampir pasti akan terpaksa mengharungi saki-baki perlawanan di Piala Malaysia tanpa khidmat pemain tonggak Joseph Kalang Tie apabila sumber kami dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan beliau telah dikenakan penggantungan lima perlawanan.

Penggantungan Joseph adalah disebabkan beliau mendapat kad merah di dalam perlawanan menentang Perak di Stadium Negeri di mana Joseph dikatakan telah bertindak melulu ke atas pemain lawan Mohd Fikri Sudin.

Di dalam kejadian itu, Joseph telah bertindak ‘menanduk’, menolak dan mengasari Mohd Fikri Sudin sebagai tindakan balas di atas kekasaran Fikri ke atas seorang pemain Sarawak, Tommy Mawat.

Berikutan pertambahan penggantungan tersebut, Joseph dijangka hanya akan dapat kembali beraksi di dalam Separuh Akhir Kedua sekiranya Sarawak layak sehingga peringkat tersebut.

[KEMASKINI 4-11-2015@4PM]
FAM telah hari ini juga mengeluarkan kenyataan bahawa Joseph akan turut didenda RM1,500 bagi kesalahan beliau di samping diberi amaran keras agar tidak mengulangi perilaku tersebut lagi.

Selain Joseph, nasib sama turut menimpa pemain Perak yang menyerang Joseph, Mohd Nor Hakim Isa dan pegawai Persatuan Bolasepak Sarawak Mohd Hysham Adenan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top