Pengantungan Hairol Mokhtar lebih berat dari kes serupa di Liga Inggeris

Penggantungan Hairol Mokhtar selama enam bulan dripada bolasepak Malaysia hari ini merupakan keputusan yang sangat berat jika dibandingkan dengan kes yang serupa di Liga Perdana Inggeris.

Demikianlah hasil risikan SarawakCrocs, apabila tempoh penggantungan Hairol dibandingkan dengan sepuluh tempoh penggantungan terpanjang di dalam bolasepak Inggeris.

Di dalam senarai yang dikeluarkan akhbar Independent, kes berkelakuan kasar terhadap pegawai perlawanan di Liga Inggeris telah menyaksikan pemain Sheffield Wednesday, Paolo Di Canio, dikenakan penggantungan 11 perlawanan, dan denda £11,000 akibat menolak pengadil 1998.

Pada tahun 2005, pemain tengah Suthampton, David Prutton pula dikenakan pengantungan 10 perlawanan dan denda £6,000 akibat berkelakuan kasar terhadap pengadil.

Rekod penggantungan terpanjang yang dilaporkan oleh akhbar Independent dan juga TSM Plug walaubagaimanapun dimiliki oleh pemain Manchester United, Eric Cantona, yang digantung sembilan bulan kerana membuat tendangan ala Kung-Fu ke atas peminat Crystal Palace pada 1995, dan seterusnya mengejek peminat tersebut selepas diperintah keluar padang.

Kes penggantungan lain semuanya berkisar terhadap kes penyalahgunaan dadah.

Dalam pada itu, jika trend penggantungan pemain di Liga Inggeris diperhatikan, ada kemungkinan Hairol mungkin tidak akan mendapat penggantungan selama enam jika beliau bermain di Liga Inggeris. Video insiden boleh anda lihat di pautan ini..

Sungguhpun demikian, beliau bermain di Liga Malaysia, dan ianya agak menghairankan bagaimana Hairol boleh digantung enam bulan, sedangkan tiada kecederaan fizikal yang teruk dilaporkan ketika insiden, dan pengadil masih mampu meneruskan perlawanan seperti biasa walaupun insiden telah berlaku.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top