JK Tatatertib FAM: Daniel Ting digantung 4 perlawanan!

Pemain berdarah kacukan Negeri Sembilan, Daniel Ting akan terpaksa menyaksikan rakan-rakan beliau bermain selama empat perlawanan selepas Jawatankuasa Tatattertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan beliau bersalah di atas tindakan beliau ketika perlawanan menentang Terengganu 30 Julai lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Daniel dikatakan telah ‘berkelakuan ganas’ terhadap pemain pasukan Terengganu.

Daniel telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 50.1(d) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan’ dan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Perintah keluar padang’.

Beliau dalam pada itu akan digantung empat perlawanan dan tidak akan dapat beraksi di dalam empat perlawanan Piala Malaysia musim ini. Daniel walaubagaimanapun akan boleh beraksi jika Negeri Sembilan berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan.

Selain daripada itu, Daniel juga dikenakan denda RM1,000 dan diberi amaran keras untuk tidak mengulangi kesalahan beliau tersebut.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top