Pengadil semi-pro untuk Malaysia pada tahun hadapan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal memperkenalkan sistem pengadil semi profesional pada tahun depan dalam usaha menarik minat orang ramai khususnya golongan muda melibatkan diri dalam bidang pengadilan.

Satu kertas kerja lengkap akan dibuat oleh FAM dan ianya akan mendapat bantuan dan nasihat dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Sebelum ini, Presiden Johor FA, Tengku Mahkota Johor telah acap kali mencadangkan pihak FAM memperkenalkan pengadil bertaraf profesional di dalam Liga Malaysia bagi memastian kualiti tertinggi pengadilan di dalam perlawanan Liga Malaysia.

Sungguhpun demikian, FAM tidak memberikan searang reaksi berkenaan cadangan tersebut sehingga kini, namun perkembangan terbaru ini sememangnya adalah satu langkah baik ke arah melahirkan pengadil bertaraf dunia di dalam Liga Malaysia.

Sumber: Astro Arene

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top