Perasaan peminat Sarawak FA dilihat amat terguris apabila Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Sarawak FA semalam yang mana telah secara terang-terangan menuduh bahawa FAM mengesyaki Sarawak terlibat dalam kes mengatur perlawanan yang mana menyaksikan Perak tewas di Kuching 6-1.
Menurut laporan Utusan Online, Pengurus Pasukan Sarawak, Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki menganggap dakwaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai melulu dan tidak patut. Beliau juga dilaporkan mahukan penjelasan segera, dan beranggapan FAM bertindak tidak professional dengan memberi komen sedemikian tanpa merujuk kepada Persatun Bolasepak Sarawak terlebih dahulu.
Jurufoto Sarawak Crocs yang hanya ingin dikenali sebagai Don menyatakan bahawa beliau marah apabila mendengar FAM telah menuduh kesayangannya sebagai terlibat dalam rasuah. Tambah beliau, FAM seolah-olah memperkecilkan kemampuan Sarawak yang telah membelasah banyak pasukan semenanjung baru-baru ini, dan tindakan FAM secara tidak langsung menunjukkan badan induk bolasepak negara itu tidak percaya dan yakin Sarawak mampu menjadi kuasa bola di Malaysia.
Seorang peminat Sarawak yang setia di Semenanjung yang hanyai ingin dikenali sebagai ‘Johan’ menyatakan bahawa isu rasuah ini berlaku disebabkan ‘sore looser mentality’. Johan menambah, jika FAM ingin bertindak dan membuat siasatan ke atas pasukan yang menang besar, maka kemenangan besar Pahang pun harus disiasat untuk rasuah.
Kumpulan Ultra bolasepak terlama di Sarawak, UltraCrocs dalam pada itu menyatakan bahawa mereka “amat kecewa dengan tindakan sangat tidak bertanggungjawab dari pihak FAM atau media sendiri.” UltraCrocs menambah bahawa mereka “tomahan liar dan tidak bertanggungjawab ini datang dari peminat bolasepak pasukan lain yang iri hati dan tidak senang duduk apabila melihat Sarawak mengecapi kejayaan dalam masa yang singkat”.
UltraCrocs dalam pada itu berharap semua pemain kekal fokus terhadap kempen Piala Malaysia, sambil menggesa peminat skuad Bujang Senang bersatu dan terus memberikan sokongan terhadap Sarawak.
Sesunguhnya tindakan Aseh yang mengeluarkan kenyataan tanpa mempunyai bukti fizikal sememangnya tidak professional dan hanya bertujuan memburuk-burukkan skuad Sarawak kerana Aseh sendiri menyatakan bahawa ‘FAM belum mempunyi sebarang bukti fizikal’ terhadap Sarawak.