Peminat Sabah FC tanya ‘Siapa Lucas Kallang?’

Selepas Kelab Bolasepak Sabah mengumumkan Lucas Kallang sebagai ketua jurulatih baharunya, peminat pasukan tersebut telah mempersoalkan pelantikan anak kelahiran Sarawak tersebut.

Tidak seperti di Sarawak, nama Lucas sememangnya agak tidak dikenali di luar sempadan bumi kenyalang, sekaligus menjadikan ramai peminat bola sepak Sabah mempersoalkan pelantikan beliau.

Lucas, atau nama penuhnya Lucas Kallang Laeng berumur 63 tahun, dan beliau pernah menjadi pembantu kepada Alan Vest pada era kegemilangan pasukan Sarawak FA, yakni daru 1991 hingga 1998.

Sepanjang membantu Alan Vest, Lucas telah mengangkat Piala FA, Liga Perdana dan Piala Sumbangsih.  Sarawak FA juga pada ketika itu telah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia pada 1995 dan 1996, serta ke final Piala FA 1996.

Setelah Alan Vest meninggalkan Sarawak, Lucas masih lagi giat dalam bola sepak Sarawak, tetapi telah lebih terarah kepada program pembangunan dan dilantik sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Sarawak (SFDP) dari 2005 hingga 2016.

Pada tahun 2017, beliau telah dilantik menjadi ketua jurulatih pasukan pembangunan Sarawak FA. Pada tahun 2018, Lucas merupakan Ketua Unit Pembangunan Belia dan Kejurulatihan Persatuan Bolasepak Sarawak.

Dalam masa yang sama, Lucas juga telah mengembangkan pengetahuan kejurulatihan beliau dengan mendapatkan Lesan Kejurulatihan Pro A dan telah menghadirkan diri ke Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019 di Jepun.

Beliau juga telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), dan kemudiannya dilantik mengemudi majlis sama.

Lucas telah beberapa kali dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih Sarawak FA pada masa – masa sudah dan pelantikan beliau sebagai ketua jurulatih Sabah FA bukanlan sesuatu yang mengejutkan peminat bola sepak Sarawak memandangkan beliau amat berkelayakan baik dari segi pengalaman dan akademik.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top