Peminat kecewa bola sepak Bintulu semakin hambar

BINTULU, 6 JULAI – Seorang peminat bola sepak Bintulu telah melahirkan kekecewaan berkenaan hala tuju bola sepak di Bintulu yang beliau ibaratkan sebagai ‘semakin hambar’.

Menurut peminat yang hanya dikenali sebagai ‘Abang Man’, arena bola sepak Bintulu sepatutnya adalah antara yang paling meriah kerana ianya adalah satu-satunya bahagian yang mendapat tajaan oleh syarikat cari gali minyak, namun kini, hanya satu pertandingan dianjurkan oleh pihak bertanggungjawab, dan itupun dengan bilangan pasukan yang terhad.

Menurut Abang Man lagi, Bintulu pada tahun-tahun sudah biasanya mempunyai tiga pertandingan besar untuk bola sepak, yakni Piala Petronas, Piala BIFA dan Piala FA.

Sungguhpun demikian, segalanya berubah tahun ini apabila hanya satu pertandingan di anjurkan, dan itupun dengan bilangan pesukan yang terhad, dan mengikut format Piala Malaysia, yang akan mengurangkan jumlah perlawanan setiap pasukan yang bertanding.

Dalam pada itu, Abang Man turut menambah bahawa beliau sangat kagum dengan beberapa bahagian yang kelihatan aktif berusaha menaikkan bola sepak di bahagian tersebut walaupun kekurangan penaja dan infrastruktur, dan berharap Bintulu boleh kembali ke zaman kegemilangannya di dalam masa terdekat. – sarawakcrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top