Peminat bola sepak Sarawak dijangka akan membanjiri Stadium Sarawak untuk perlawanan play-off Liga Premier diantara pasukan Sarawak FA dan Kuching FA.
Ini dapat dilihat melalui respon positif yang dilihat di kalangan peminat bola sepak Sarawak, sejurus pengumuman tarikh perlawanan tersebut dibuat.
Rata-rata peminat tidak sabar menyaksikan perlawanan pasukan ‘adik-abang’ dengan beberapa peminat tidak dapat memilih diantara mahu menyokong Sarawak FA ataupun Kuching FA.
Ada juga peminat yang sudah memilih pasukan pilihan dan dengan jelas mengharapkan kemenangan pasukan mereka.
Perlawanan play-off Liga Premier antara Kuching dan Sarawak diadakan mengikut ketetapan Liga Premier bagi memilih pasukan yang akan bermain di Liga Premier 2020.
Kuching melayakkan diri ke perlawanan tersebut setelah muncul naib juara Liga M3, manakala Sarawak terpaksa bermain untuk perlawanan tersebut selepas menduduki tangga kedua akhir, yang juga zon relegasi Liga Premier.
Malaysia Foootball League telah menetapkan 23 November sebagai tarikh perlawanan play-off tersebut.
Perlawanan akan diadakan di Stadium Sarawak, Kuching.