Pemilihan FAS: Dua ahli politik Petra Jaya bakal dicalonkan

Dengan pemilihan exco Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) semakin hampir, ura-ura siapa bakal menjadi presiden baharu FAS semakin hangat.

Terbaru menurut sumber SarawakCrocs, adalah kemungkinan Menteri Kerja Raya, Datuk Haji Fadillah Yusof dicalonkan.

Menurut sumber yang enggan namanya disiarkan, Fadillah merupakan seorang peminat bolasepak yang tegar, dan beliau telah sering mengikuti perkembangan semasa bolasepak Sarawak. Beliau turut terlibat secara aktif di dalam Liga Bolasepak Rakyat (LBR), yang mana menyaksikan beliau membantu pasukan Kuching FA dari segi kewangan.

Turut sama mungkin dicalonkan adalah Fazruddin Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tupong, yang mana mungkin dicalonkan sebagai Timbalan Presiden FAS yang baharu.

Sebelum ini, beberapa nama telah dikaitkan dengan jawatan presiden FAS, namun dua calon yang disebut yakni James Masing dan Haidel Heli, telah menegaskan mereka tidak akan bertanding.

FAS akan melantik ahli exco baharu pada Sabtu ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top