Pemenang kasut emas Liga Bolasepak Amerika dalam radar Sabah FC

Dane Kelly yang merupakan pemenang kasut emas 2017 Liga Bolasepak Amerika (USL Championship) kini dalam radar pasukan Sabah FC.  USL Championship merupakan Liga Divisyen kedua bola sepak di Amerika.

Minat mendapatkan khidmat Dane dinyatakan Pengurus Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir.

Pemain penyerang kelahiran Jamaica itu banyak bermain di Amerika, dengan Sabah FC bakal menjadi pasukan Asia pertama yang beliau sertai Sabah berjaya memikat hati pemain tersebut.

Berumur 29 tahun, Dane memulaka karier beliau bersama pasukan negara kelahirannya, Tivoli Gardens, sebelum beliau dipinjamkan ke Charleston Battery yang berpusat di Amerika Syarikat.

Dari situ, karier Dane semakin memuncak apabila beliau mula bermain untuk enam lagi kelab bola sepak Amerika, termasuk D.C. United.

Mengikut statistik di Wikipedia, Dane telah menjaringkan lebih 65 gol sepanjang karier profesional beliau, dengan pemain tinggi lampai itu kelihatan sangat selesa sebagai pemain penyerang.

Khabar perpindahan Dane ke pasukan Liga Super Sabah FC kini hangat diperkatakan, namun pihak Marzuki telah menyatakan bahawa mereka kini menghadapi sedikit kesukaran membawa masuk pemain import baharu ekoran situasi Covid-19 di seluruh dunia.

Apapun, jika benar Dane berjaya dibawa masuk oleh Sabah, ianya merupakan satu pembelian yang dilihat amat baik bagi membantu bahagian serangan kelab tersebut.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top