JDT mengumumkan mereka bakal mengikat pemain kacukan Malaysia dari kelab Liga Perdana Inggeris Wolverhampton Wanderers dalam masa terdekat.
Pemain yang di baru berusia 20 tahun itu bernama Nathaniel Shio Hong Wan, dan beliau mempunyai ibu dari Tangkak, Johor.
Berita pengambilan Nathaniel, yang lebih gemar dipanggil ‘Hong’ itu disahkan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menerusi laman rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain kacukan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan dari kelab Wolverhampton Wanderers.” kata Alistair dalam kenyataan ringkas di media sosial kelab itu.
Beliau bagaimanapun berkata bahawa pengambilan Hong akan berganting dengan kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia yang dipohonnya.
Jika berjaya, Hong akan menyertai JDT apabila kontrak beliau tamat bersama Wolves pada hujung bulan Jun kelak.
“Perjanjian ini tertakluk kepada kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia dan akan bermula apabila kontrak semasa beliau tamat pada bulan Jun.” kata Alister lagi.
Nathaniel lahir di Croydon, England dan memulakan karier bolasepaknya di Yeovil sebelum berhijrah ke Wolverhampton Wanderers pada 2019.