Pemain tengah Dortmund pindah ke Newcastle

Newcastle United telah mengumumkan perpindahan secara pinjaman, pemain tengah Mikel Merino, dari Borussia Dortmund.

Pinjaman tersebut akan mengambil tempoh semusim Liga Perdana Inggeris.

Merino, 21, menjadi pemain kelima ditandatangani oleh Newcatsle selepas kelab bola sepak Inggeris itu turut membawa masuk Christian Atsu, Florian Lejeune, Jacob Murphy dan Javier Manquillo bagi memperkuatkan pasukan bagi musim baharu.

Penurus Newcastle Rafael Benitez dilaporkan berkata bahawa Merino adalah seorang pemain tengah yang berbakat dan amat fokus ketika beraksi, dan beliau amat teruja memilik pemain kebangsaan pasukan bawah 21 tahun Sepanyol itu di dalam pasukannya.

Merino apabila mengulas perpindahan beliau ke Newcastle berkata bahawa beliau sangat gembira dapat berpindah ke Liga Perdana Inggeris, dan berharap perpindahan beliau ke liga tersebut akan membantu beliau berkembang sebagai seorang pemain bola sepak, dan beliau akan kekal lebih lama di liga tersebut pada masa hadapan.

Newcastle kini sedang mengadakan beberapa siri perlawanan pemanas badan, dengan satu perlawanan bertemu Mainz dijadualkan hari ini. – sarawakcrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top