Pemain Serbia saingan Andrei untuk slot pemain import Sarawak

Setelah kedatangan Andrei Alexandru Cordoș kelmarin, hari ini pasukan Bujang Senang menerima kunjungan seorang lagi pemain import yang mengintai slot pemain pertahanan import yang kini terbuka setelah dikosongkan oleh Davide Grassi.

Pemain yang hadir semasa latihan Bujang Senang hari ini adalah Vladimir Otašević dari Serbia.

Berketinggian 1.90m, Vladimir mempamerkan permainan yang cukup menarik semasa latihan hari ini, mempergunakan sepenuhnya pengalaman beliau sebagai pemain utama pasukan Liga 1 Serbia, Metalac Gornji Milanovac.

Menurut wakil SarawakCrocs yang hadir di stadium,  pemain berusia 30 tahun itu nampak yakin dengan persembahan beliau, namun mengakui bahawa ianya masih terlalu awal untuk menilai prestasi sebenar Vladimir.

Selain Vladimir dan Andrei, Sarawak turut akan menguji beberapa orang pemain lain bagi memastikan pasukan Sarawak mempunyai pertahanan yang lebih untuh apabila liga bermula semula kelak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top