Pemain Sarawak United jual ‘stimbot’

Seorang pemain Sarawak United telah mula memanfaatkan ketiadaan perlawanan sempena Covid-19 untuk memulakan perniagaan.

Mohd Fauzi Rozlan, atau lebih mesra dipanggil Kojie, kini memanfaatkan kemahiran memasak beliau dengan menjual ‘stimbot’ sepanjang Ramadan.

Tindakan Kojie dilaporkan adalah untuk menambah sumber pendapatan beliau.

Adalah dilaporkan bahawa Kojie mampu menyediakan stimbot antara 20 hingga 25 tempahan sehari sejak 1 Ramadan lalu.

“Saya berterima kasih kepada pelanggan yang sudi menempah ketika semua bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Ramadan dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagi penduduk di sekitar Pekan, mereka sememangnya sudah biasa menikmati stimbot ini kerana saya pernah menjualnya jika mempunyai masa terluang dan jika berada di Pekan.

“Stimbot ini dikenali FZ 19 Kawan Budak Pekan kerana sinonim dengan nombor jersi dan saya sebagai orang kelahiran Pekan, Pahang,” katanya kepada Arena Metro.

Dalam pada itu, Mohd Fauzi berkata ‘stimbot’ yang beliau jual terbahagi kepada tiga, yakni pada harga RM15, RM30 dan RM50.

Beliau menerima tempahan sehigga 11 pagi setiap hari dan membuat penghantaran bermula jam 4 – 6.30PM ke kawasan sekitar bandar Pekan dan Peramu Jaya.

Mohd Fauzi juga mengesahkan perniagaan ‘stimbot’ beliau tidak mengganggu sesi latihan beliau dimana latihan untuk mengekalkan stamina dan kecergasan telah dilakukan pada sebelam malam.

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan corak latihan yang dilakukan terutama yang diberikan pasukan dalam mengekalkan stamina,” kata pemain berumur 32 tahun itu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top