Pemain Sarawak United III dakwa belum dibayar gaji

Pemain Sarawak United III, Gibson Billy mendakwa beliau belum menerima gaji sekaligus mengakibatkan beliau terpaksa mengambil jalan sukar untuk menarik diri daripada pasukan tersebut.

Sarawak United III adalah pasukan milik Sarawak United FC yang bermain di pertandingan Piala Presiden musim ini.

Ia juga merupakan pasukan persediaan Sarawak untuk ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Menurut laporan akhbar Utusan Borneo, Gibson kecewa kerana beliau belum menerima habuan yang dijanjikan dan beliau seorang sahaja belum dibayar.

Anak kelahiran Sebuyau itu turut mengakui sukar fokus kerana maslah yang menimpa dirinya, dan telah bertindak menghubungi pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berhubung isu tersebut.

“Agak terkilan kerana gaji saya untuk bulan Mei masih belum dilunaskan sehingga ke hari ini. Sedangkan gaji rakan – rakan saya yang lain semua sudah dibayar” kata Gibson kepada Utusan Borneo.

“Sebagai tuan punya badan, saya memang tidak dapat fokus jika masalah ini tidak diselesaikan.

“Dan keputusan menarik diri daripada pasukan 2020 adalah yang terbaik.” tambahnya lagi.

Gibson juga mendakwa bahawa beliau sepatutnya dibayar RM2,500 sebulan sebagai pemain pasukan Sarawak United III dan berharap masalah ini akan diselesaikan dengan segera.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top